Publish : Mon, 28/Dec/15 03:08:45 PM |
Views : 4131 |
Tahun 2015 merupakan tahun di mana nama pelakon Zul Ariffin semakin meningkat naik selain turut dihurung kontroversi tanpa henti lebih-lebih lagi apabila melibatkan isu berkaitan percintaan selepas hubungannya bersama Gayatri Su-Lin Pillai tamat.
Malah ada juga segelintir individu yang menyifatkan bahawa Zul adalah seorang kaki perempuan gara-gara dilihat mesra bersama Ayda Jebat namun dalam masa yang sama memiliki kekasih iaitu Gayatri (ketika itu) dan paling terbaru, bersama Zahirah MacWilson.
“Bila saya keluar dengan Zahirah banyak cerita kata saya playboy. Seolah-olah saya ini lelaki yang teruk. Ramai yang cakap dekat dia ‘kau jangan keluar dengan Zul bahaya’. Tetapi, alhamdulillah, ramai juga yang menyokong hubungan kami”
“Pada saya senang, kalau benar saya playboy, sila tunjukkan bukti saya keluar dengan perempuan lain,” katanya kepada Kosmo! Online.