Publish : Mon, 28/Dec/15 03:11:55 PM |
Views : 5362 |
Setelah menjalin cinta bertahun lamanya bersama Fathia Latiff, pelakon Aiman Hakimmenyifatkan apa yang terjadi di antara dia dan bekas kekasihnya itu lebih baik disimpan sendiri.
“Maaflah… Tiada yang perlu diperkatakan lagi. Saya tidak mahu membuka cerita (kisah putus cinta dengan Fathia) buat masa sekarang. Sudah tidak ada lagi yang boleh dikatakan. Privasi itu tetap milik saya sepenuhnya”
“Bukan saya mahu bersikap defensif tentang perkara ini tetapi saya lebih memandang ke depan khususnya kesan-kesan daripada kontroversi yang membabitkan seseorang artis itu. Saya akui yang sebenarnya kontroversi itu ada baiknya untuk seorang artis lebih dikenali”
“Tak kiralah sama ada kontroversi itu yang baik atau buruk. Tapi nampak gayanya orang kita lebih mengingati perkara yang buruk daripada sebaliknya. Selepas berfikir panjang tentang perkara itu, saya fikir lebih baik kalau saya ‘simpan’ perkara-perkara yang boleh saya simpan,” jelasnya kepada Utusan Online.
Sekitar awal tahun ini, Aiman dan Fathia pernah berpisah seketika namun cinta mereka kembali bertaut. Bagaimanapun, baru-baru ini Fathia sendiri menyatakan bahawa hubungan mereka yang terjalin itu terpaksa ditamatkan kerana tiada lagi persefahaman.