Publish : Tue, 08/Sep/15 02:18:10 PM |
Views : 5886 |
Tidak habis-habis terpalit dengan kontroversi, kali ini nampaknya Uqasha Senrose dan Iqram Dinzly digosipkan pula bahawa mereka dilihat bermesra di dalam kapal terbang daripada Kuching menuju ke Kuala Lumpur.
Menurut sumber yang diperoleh daripada Utusan Malaysia, pasangan ini kelihatan sungguh romantis bersama malah juga terdapat adegan adegan yang melampaui batas ketika di dalam penerbangan tersebut.
“Mustahillah kami mahu buat benda tidak elok, malah Iqram bukan budak-budak dia sudah lebih dewasa dalam hal ini. Saya anggap ini satu lagi fitnah, masalahnya kenapa tidak sudah-sudah,” jelasnya menyuarakan isi hati terhadap perkara tersebut.
Jika tuan empunya badan menafikan perkara tersebut, mahu kata apa lagi, bukan? Terpulanglah mahu jadi apa. Jika ada jodoh, tidak ke mana juga’kan Uqasha dengan Iqram. Peminat jangan risau. - Roti Kaya