Publish : Tue, 08/Dec/15 02:32:28 PM |
Views : 4854 |
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Nad Zainal menjelaskan bahawa dia dan juga kekasih hati, Faliq bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan Disember ini, seklaigus mengesahkan khabar angin sebelum ini.
“Ya benarlah khabar yang didengar dan kepada sesiapa yang mengenali secara peribadi atau tidak, jika saya pernah terguris atau menyakiti hati saya minta maaf dan saya berharap doa yang baik-baik sempena majlis yang bakal menjelang”
“Saya dan tunang bakal menamatkan zaman bujang pertengahan disember. Doakan yang terbaik. Terima kasih untuk segala kritikan, sokongan selama ini.Terima kasih semua,” jelas Nad di Instagram.
Semoga segala persiapan dan juga rancangan Nad Zainal dan juga bakal suami akan dipermudahkan. Malah peminat setia pelakon ini juga tidak habis-habis mendoakan agar rumahtangga Nad kekal sehingga akhir hayat.