Publish : Wed, 07/Jun/17 05:06:01 AM |
Views : 15309 |
Memetik laporan Star Online, berikutan jenaka yang menghina pelari pecut negara, Watson Nyambek, pengacara Ammar Titan dituduh mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan sengaja.
Majistret Saiful Sayoti membebaskan Azizul Ammar dan Abdul Ghani dengan jaminan RM3,500 tiap seorang dengan seorang penjamin.
Watson membuat aduan polis berhubung jenaka di stesen televisyen itu yang didakwanya mempersenda bapanya dengan bunyi haiwan. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, denda, atau kedua-duanya.
Selain Ammar, produser rancangan komedi itu juga turut dituduh di atas dakwaan yang sama dan kedua-duanya diarah hadir ke mahkamah pada 4 Julai depan bagi sebutan semula kes.