Publish : Sat, 29/Apr/17 04:05:29 PM |
Views : 6639 |
Siapa sangka disebalik kecaman dan sindiran orang ramai mengenai penghasilan buku, 99 Kata-Kata #QalifModen, kini Fattah Amin mampu tersenyum lebar apabila bukunya itu diangkat sebagai Buku Paling Popular sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.
“Kritikan akan sentiasa ada tetapi itu bukan alasan untuk saya dan pengurusan, Fastyle Asia, berdiam diri. Kami sentiasa mencari idea segar dan berbeza hingga tercetus idea untuk menghasilkan novel. Jalan cerita novel ini hanya rekaan semata dan tiada kaitan dengan perjalanan hidup saya”
“Jika diamati, lirik lagu Wanita Terakhir berkisar mengenai lelaki yang berjuang mendapatkan cintanya, biarpun terpaksa berdepan pelbagai dugaan. Dari situ, kami menterjemahkan perjalanan cerita itu dalam bentuk novel. Saya hanya memberikan idea, tetapi apa yang dipaparkan bukan pengalaman peribadi,” katanya kepada Berita Harian Online.
Dalam masa yang sama, kejayaan buku itu turut sama membuktikan Fattah bukan seorang yang cakap kosong dengan melakukan sesuatu tanpa hala tuju seperti yang didakwa. Malah dengan pelancaran novel Wanita Terakhir, Fattah sudah mempunyai perancangan untuk menerbitkan novel itu ke bentuk drama yang akan dibintanginya sendiri.
Biarpun bertebaran gosip mengatakan lagu pertamanya bertajuk Wanita Terakhir, dikatakan ditujukan khas untuk Neelofa selepas hubungan cinta mereka berakhir, namun Fattah menafikan dakwaan itu. Apapun tahniah diucapkan kepada Fattah yang terus sukses dalam bidang penulisannya.