Publish : Tue, 19/Jul/16 10:26:44 AM |
Views : 3800 |
Mengambil masa hanya dalam seminggu untuk membuat persiapan berangkat ke Mekah tempoh hari lalu, Zizan Razak tidak menyangka dirinya berberpeluang menjejakkan kaki buat kali pertamanya ke tanah suci Mekah serta merasai pengalaman berpuasa dan beraya di sana pada 10 malam terakhir Ramadan lalu sehingga satu Syawal untuk menunaikan ibadah umrah.
“Saya rasa bertuah kerana dapat menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga satu Syawal. Saya dibawa oleh Adi Putra dan kali pertama melihat Kaabah di depan mata, saya menangis. Merasai sendiri pengalaman melihat Kaabah dengan mendengar cerita orang lain amat berbeza. Sebenarnya pelbagai perkara berlegar di ingatan”
“Saya teringatkan susah senang kehidupan dilalui sejak kecil sehingga dewasa. Dalam waktu itu, tiba-tiba wujud perasaan rindukan keluarga terutama terhadap ibu bapa. Secara tidak langsung membuatkan saya rasa begitu kerdil dan ingin lebih berjasa kepada keluarga, negeri, negara dan agama,” katanya kepada Kosmo Online berhubung perkara itu.
Selain itu, akui Zizan lagi selepas menunaikan ibadah umrah baru-baru ini, beliau dapat rasakan perubahan positif berlaku pada dirinya, dimana dirinya berasa lebih tenang dan bersemangat untuk bekerja untuk serta lebih menyayangi orang ramai di sekelilingnya dan menghargai peluang yang datang tidak kiralah didalam kerjaya mahupun kehidupan peribadi.
Namun dengan berkongsi pengalaman beliau menunaikan ibadah umrah kepada umum, Zizan menjelaskan bahawa dirinya bukan cuba mahu bermegah tetapi sebaliknya hanya bercerita. Tambahnya, niatnya hanya ingin melihat lebih ramai umat Islam tergerak hati untuk menjejakkan kaki ke Mekah serta merasai sendiri nikmat yang sama seperti beliau rasai.