Publish : Wed, 23/Nov/16 10:26:12 AM |
Views : 4991 |
Gara gara terdapat kesan lebam di leher penyanyi Yuna, perkara tersebut kemudiannya menjadi pertikaian warga laman sosial malah ada yang menyatakan bahawa kesan tersebut adalah berpunca dari gigitan cinta, atau yang anda selalu sebut, love bite.
Menerusi BH Online, Yuna menyatakan kesan lebam tersebut merupakan kesan gigitan labah labah ketika dia mengadakan persembahan di Alabam, Amerika Syarikat kira kira lima minggu lalu.
“Bukan saja di leher tetapi lengan, dahi dan hidung. Itu yang nampak lebam dan kesannya hinggalah sekarang. Janganlah sangka yang bukan-bukan,” jelasnya.
Sementara itu melalui Utusan Online, dia menyifatkan tuduhan tersebut adalah kelakar selain mengakui masih tahu akan batas agama yang perlu dijaga.
“Ketika itu saya sedang mengikuti siri jelajah mempromosikan produk seni saya. Bangkit saja daripada tidur, saya baru saya sedar ada kesan lebam dan bengkak di dahi, leher, tangan dan kaki”
“Awalnya ia nampak seperti bisul, sehingga ke hari ini masih nampak kesannya. Sekarang tinggal parut sahaja. Mungkin kulit saya alergi dengan serangga,” katanya. Jadi, buat warga laman sosial semua, jangan risau, Yuna bukan digigit lelaki ya, tapi digigit labah labah. Tidak baik berprasangka ya. - Rotikaya