Publish : Thu, 24/Dec/15 01:58:56 PM |
Views : 3904 |
Anda masih ingat lagi bukan mengenaiisu KimK yang hangat diperkatakan beberapa minggu lalu? Kali ini, wanita yang bertanggungjawab meninggalkan komen KimK tersebut, Vii Narza atau nama sebenarnya Atiqah Annuar menyimpan hasrat untuk menjadikan Fazura sebagai model tudungnya.
“Kalau ditakdirkan saya berjaya dan dapat butik sendiri, kenapa tidak kalau saya ambil Fazura jadi duta saya? Apa salahnya sebab semua orang nak jadi macam Fazura, dia sangat cantik”
“Saya memang tak ada masalah, sebab saya memang peminat dia dan jujur saya impikan dia dapat pakai tudung rekaan saya. Kalaulah betul dia pakai, saya sangat gembira sebab kita (bersama Fazura) dapat bekerjasama dengan baik,” jelasnya yang juga merupakan bekas pramugari kepada Malay Mail Online.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama, Atiqah berharap agar perkara tersebut tidak dihebahkan di laman sosial kerana beranggapan perkara tersebut hanyalah berpunca daripada salah faham.
“Minat saya pada Fazura, sejak dulu lagi. Saya selalu tengok filem lakonan Fazura, ikuti perkembangan dia dan sekarang walaupun kena hentam saya tak pernah membenci dia sebab saya sayang Fazura.
“Apa yang berlaku itu cuma salah faham dan tak perlu nak perbesarkan lagi. Kalau ada peluang nak jumpa dia secara peribadi pun saya tak ada masalah”
“Ada hikmah dengan apa yang terjadi sebenarnya. Kesannya, orang sudah tahu perniagaan saya dan ada yang nak jadi stokis. Saya anggap itu rezeki buat saya,” katanya. Jadi, apa kata Fazura pula? Semoga kolaborasi antara Atiqah dan juga Fazura akan menjadi realiti satu hari nanti.Good luck.