Publish : Thu, 15/Sep/16 10:29:32 PM |
Views : 3552 |
Setelah bercerai lebih setahun lalu bersama bekas isterinya, Vie Shanti, Eizlan Yusof menyatakan bahawa dia tidak pernah dihalang untuk meluangkan masa bersama anak-anak atau membawa anak tinggal bersamanya.
“Alhamdulillah Vie tidak pernah meletakkan sebarang had. Saya percaya Vie faham anak-anak juga memerlukan kasih sayang seorang bapa. Justeru, dia tiada masalah sekiranya saya mahu bertemu atau membawa anak-anak tinggal bersama pada bila-bila masa,” katanya.
Malah tambahnya kepada Harian Metro, walaupun dia sibuk dengan kerja dan juga perniagaannya, dia tetap mencari masa untuk bersama anak-anak. Bagi Eizlan, ketiga-tiga cahaya mata yang dikurniakan itu adalah keutamaannya.
“Siapa yang mengikuti perkembangan saya di laman Instagram, pasti tahu saya kerap habiskan masa bersama anak-anak. Bagi saya, walaupun sibuk dengan rutin kerja yang tidak menentu, anak-anak tetap menjadi keutamaan”
“Selalunya saya dan anak-anak akan berbincang ke mana kami mahu pergi,” jelasnya. Eizlan dan Vie mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada 16 Februari 2015.