Publish : Wed, 27/Apr/16 09:54:14 AM |
Views : 3639 |
Walaupun sentiasa ditinggalkan suami, Syatilla Melvin tidak pernah merungut tuntutan kerja suaminya yang sibuk di set penggambaran tetapi lebih memahami kerana beliau juga bekerja dalam industri yang sama. Malah katanya, Sam akan selalu memujuknya dengan berjanji akan meluangkan masa setelah segala urusan kerja selesai.
“Sejak kahwin, kami sebenarnya kami belum dapat lagi meluangkan masa bersama-sama. Sam, dia memang sibuk dengan penggambaran. Tapi saya tidak merungut lagipun saya faham. Sam selalu pujuk saya supaya bersabar dan dia berjanji akan lebihkan masa untuk saya apabila sudah habis penggambaran nanti”
“Saya pula, jika tidak terlibat dengan apa-apa penggambaran, masa saya banyak saya habiskan di rumah. Tapi kadang-kadang saya terima tawaran berlakon, sebab sekurang-kurangnya saya tidaklah rasa sunyi sangat apabila Sam keluar bekerja,” katanya kepada portal Media Hiburanberhubung perkara berkenaan.
Bercakap mengenai kerjayanya, Syatilla ada mendedahkan bahawa Sam sebenarnya meminta beliau untuk memperlahankan kerjaya lakonannya agar mereka dapat meluangkan lebih masa bersama. Jadi katanya lagi, dimasa akan datang mungkin beliau akan mula jarang menerima tawaran berlakon.
Berkongsi tentang kehidupan peribadinya pula, Syatilla akui oleh kerana beliau dan Sam sudah berkawan lama jadi mereka sudah terbiasa dengan situasi sebagai kawan. Kadang kala, mereka mengingatkan sesama sendiri bahawa mereka sebenarnya sudah berumah tangga dan bergelar suami isteri.