Publish : Wed, 28/Sep/16 02:55:58 PM |
Views : 3628 |
Tahniah diucapkan kepada pasangan bahagia Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang kini hamil anak sulung mereka dengan kandungan hampir berusia tiga bulan. Berita baik itu diumumkan sendiri oleh Syamsul yang ternyata begitu teruja dengan kandungan pertama mereka walaupun pada awalnya mereka terpaksa merahsiakannya kerana masih diperingkat awal.
“Sebenarnya saya tak mahu beritahu orang lain sebab bimbangkan kandungan Sarah yang masih di peringkat awal. Malah, saya hanya memberitahu ayah dan ibu saya pada raya haji yang lalu. Tak sampai hati nak berahsia lebih lama bila melihat ayah saya bermain-main dengan cucu dia yang lain. Kali ini saya meminta Sarah mengurangkan kerjanya di butik”
“Kami mengambil tambahan pekerja agar Sarah tidak perlu ke butik di Bangsar setiap hari. Saya juga tak izinkan dia berlakon ketika hamil ini. Saya sendiri membantu menjaga kandungan Sarah dengan menyediakan pemakanan yang sihat sesuai dengan wanita hamil. Kena banyak-banyak bersabar jugalah,” katanya kepada Utusan Online berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, perkara ini mungkin dapat dihidu oleh sesetengah pihak yang menonton Festival Filem Malaysia (FFM 28) apabila Syamsul seolah-olah memberi bayangan mereka bakal menyambut kehadiran orang ketiga pada tahun hadapan ketika memberi ucapan kemenangan sewaktu filem Munafik membolot anugerah di dalam Festival Filem Malaysia ke-28 yang lalu.
Sebelum ini, Syamsul dah Puteri Sarah pernah melalui saat getir mereka apabila Sarah keguguran pada awal perkahwinan mereka. Walau apapun, tahniah sekali diucapkan kepada pasangan bahagia ini, semoga kelahiran bayi pertama mereka ini akan menyerikan lagi suasana perkahwinan mereka serta dilimpahi kebahagiaan berganda buat mereka berdua.