Publish : Mon, 13/Feb/17 10:29:40 AM |
Views : 8825 |
Entah apa yang dipendam Sharnaaz Ahmad, akhirnya perkara tersebut meletus dan membuatkan pelakon ini meluahkan perasaan di Twitter. Apa yang lebih menarik, perkara tersebut turut dipersetujui segelintir warga laman sosial namun ada juga yang membantah tindakannya itu.
“Aku tak pernah suka ko, sebab fanatik ko dan perangai berlagak konon ko sempoi & fames sampai tak kenal sapa otai. Tapak kaki menunggu jilaka,” antara salah satu kata kata yang diluahkan Sharnaaz.
Selain itu, pelakon lelaki ini juga mempertikaikan keupayaan Fattah dalam menulis buku yang baru sahaja dilancarkannya baru baru ini. Umum mengetahui buku yang dikeluarkan oleh Fattah tersebut turut menjadi kecaman di laman sosial.
Lebih menarik lagi, perkara tersebut rupa rupanya turut meleret sehingga ke Instagram bakal isteri Sharnaaz iaitu Nabila. Perkara tersebut membuatkan suasana di laman sosial lebih meriah. Mungkin juga akaun kena godam, manalah kita tahu, bukan?
Bagaimanapun siapalah kita untuk menghalang Fattah Amin untuk mengeluarkan buku. Apa yang pasti, buku tersebut pastinya disasarkan untuk peminat yang taksub kepadanya dan bukannya kepada golongan yang jelik membaca quote yang ada di dalam buku tersebut.
Namun bukanlah salah juga buat Sharnaaz meluahkan apa yang terbuku di hati yang turut mewakili segelintir perasaan warga laman sosial yang lain. Drama sebegini diperlukan bagi memeriahkan industri hiburan tanah air. - Rotikaya