Publish : Mon, 11/Apr/16 10:22:50 AM |
Views : 6334 |
Berikutan insiden Aaisyah Dhia Rana memakai baju panas bergambar anjing baru-baru ini,Rozita Che Wan tampil memberi penjelasan kepada pengkritik yang mengecam tindakannya itu dengan menyifatkan ianya sebagai satu perkara kecil yang tidak perlu diperbesarkan.
“Saya tak perasan gambar itu berupa anjing. Ini kerana setiap kali membeli belah, saya akan membeli pakaian dalam jumlah banyak. Jadi, tak sempat hendak membelek setiap satu.
“Budak kecil memakai kemeja-T seperti itu tidak bermaksud apa-apapun. Saya hanya menganggap gambar anjing itu seperti kartun pada baju berkenaan. Come on get a life, take it easy! Ia hanya sehelai kemeja-T,” katanya kepada Berita Harian Online.
Sementara itu ketika ditanya tentang krtikan pedas yang diberikan kepada Che Ta yang dianggap sebagai seorang ibu yang tidak peka mengenai pakaian anaknya, beliau berkata terlalu banyak komen diberikan didalam akaun Instagramnya, beliau tiada masa untuk membelek satu persatu.
Terdahulu, sebuah video dimuat naik oleh Che Ta menunjukkan anak perempuannya, Aaisyah berjoget sambil memakai baju bergambar anjing. Bagaimanapun, keadaan itu tidak disenangi oleh peminat Che Ta, ramai yang meninggalkan komen-komen pedas di akaun miliknya itu.