Publish : Sat, 17/Sep/16 04:52:41 PM |
Views : 3147 |
Mengakui dirinya masih berstatus solo, Nelydia Senrose tidak mahu kehidupan cintanya lebih mendapat perhatian umum berbanding dengan kerjaya didalam bidang seni. Sekaligus kegagalan hubungan cinta lalu membuatkan beliau kini lebih selesa memilih lelaki yang matang untuk bercinta walaupun dirinya masih belum bersedia untuk kembali memikirkan soal cinta.
“Saya belajar daripada pengalaman lalu. Dahulu saya begitu terbuka berkongsi tentang apa saja, termasuk perancangan masa depan. Selepas apa yang berlaku rasanya lebih baik saya meyimpan segala perancangan untuk diri sendiri. Saya akan berkongsi apabila segalanya sudah pasti. Mungkin itu juga faktor membuatkan saya lebih selesa memilih lelaki matang”
“Saya tidak terlalu pemilih atau menetapkan kriteria tertentu kerana bimbang diri merana jika tidak menemui lelaki yang dicari. Kita tidak tahu siapa jodoh kita, lebih baik saya berkawan dulu kerana dari situ akan terbit keserasian seterusnya membawa hubungan ke peringkat lebih serius. Untuk sementara waktu saya belum ada pengganti,” katanya kepada Berita Harian Plus.
Selain itu, Nelydia juga mengakui hakikat bahawa kebanyakkan lelaki sebayanya keberatan untuk mendekati dirinya oleh kerana kerjaya yang dimilikinya kini sebagai pelakon. Namun bagaimanpun, Nelydia tidak mahu terburu-buru ingin menamatkan zaman bujangnya malah beliau juga tidak pernah meletakkan sebarang sasaran usia untuk mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Nelydia dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta bersama dengan pelakon, Qi Razali sejak tahun 2014, namun hubungan itu hanya berkahir di pertengahan jalan. Bagaimanapun, bagi Nelydia dirinya tidak pernah menutup pintu hatinya kerana kekecewaan lalu namun buat masa ini beliau lebih selesa hidup bersendirian dan tidak meletakkan cinta sebagai keutamaan.