Publish : Tue, 06/Sep/16 12:56:33 PM |
Views : 6528 |
Tidak tahan dikritik selain sukar untuk menahan naluri dirinya, pengusaha kosmetik, Safiey Ilias menjelaskan bahawa dia kini sudah kembali menjadi mak nyah. Perkara tersebut dikongsikan di akaun laman sosial Instagram dan juga Facebook miliknya.
Safiey yang sebelum ini adalah mak nyah menggemparkan seluruh negara apabila nekad untuk kembali menjalani fitrah asalnya yakni sebagai seorang lelaki sejati. Malah tindakan Safiey untuk sama-sama menyertai tabligh turut membuatkan ramai insan lain menjadikan dia contoh untuk berubah.
“Saya sebenarnya dah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah. Sebab apa jua yang saya buat masih ada orang tetap tak puas hati dan mempertikai. Saya jadi pondan orang hina, saya jadi lelaki pun orang hina dan orang pertikai”
“Ada yang kata saya tunggang agama, ada yang kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari. 1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tapi kalau beratus kali ia beri efek pada mental dan emosi saya. Saya dah jadi lelaki pun org tanya mana misai dan janggut saya. Entahlah, saya fedup,” antara luahannya di Facebook.
Selain memohon maaf kepeada peminat dan juga pengikut yang mengaguminya. Selain itu, sebelum membuat keputusan untuk dirinya kembali menjadi mak nyah, Safiey juga dilihat memuji tindakan Uqasha Senrose yang berani untuk kembali tidak bertudung di Instagram.
Tindakan yang dilakukan oleh Safiey sememangnya mengundang pelbagai tohmahan dan ada juga yang mendoakan agar dirinya kembali ke pangkal jalan. Apa pun, semoga Safiey sentiasa kuat untuk menghadapi dugaan yang mendatang.