Publish : Thu, 08/Oct/15 03:25:11 PM |
Views : 6705 |
Jika dulu pelakon Almy Nadia pernah dicemuh haters kerana badannya berisi setelah melahirkan anak sulung mereka, kini Almy kembali dengan bentuk badan langsing, malah ia turut menarik perhatian peminatnya.
Selain itu, Almy juga turut berkongsi antara beberapa perkara yang dilakukannya demi mendapatkan kembali bentuk badan idaman. Bukan mudah sememangnya untuk kembali langsing.
Tahniah kami ucapkan kepada Almy kerana tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan kembali bentuk badan asal. Malah untuk menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah dan sangat mencabar. Lepas ini tidak tahu haters mahu kata apa lagi.