Publish : Sun, 06/Sep/15 02:10:14 AM |
Views : 5958 |
SELEBRITI popular, Nora Danish menafikan dia bercinta semula dengan bekas teman lelakinya, Nedim Nazri Aziz berikutan tersebarnya sebuah video pasangan itu sedang makan bersama.
"Benar kami ada keluar bersama kerana kami masih bersahabat baik. Masing-masing sudah dewasa dan boleh berfikir secara matang," kata Nora
Menurutnya lagi, dia dan bekas teman lelakinya itu masih boleh bersahabat baik kerana masing-masing sudah matang membuat keputusan.
" Seperti yang jelaskan sebelum ini, cinta tak semestinya memiliki.
" Kami putus bukan kerana kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan ada perkara yang perlu kami selesaikan dulu," katanya dipetik sebuah portal.
Bagaimanapun, Nora tidak menolak jodoh jika akan bercinta semula.
"Namun buat masa ini saya lebih selesa begini," katanya.
Pasangan itu mengesahkan mengenai perpisahan mereka baru -baru ini selepas status hubungan pasangan itu menjadi bualan ramai apabila Nora mahupun Nedim langsung tidak memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinan terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli.
Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.
Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013.