Publish : Tue, 10/May/16 10:32:01 AM |
Views : 4913 |
Jika sebelum ini Nora Danish tidak terlalu membicarakan tentang majlis perkahwinannya bersama Needim Nazri, namun melalui Harian Metro, pelakon itu juga menjelaskan bahawa majlis tersebut akan diadakan selepas Aidilfitri nanti.
“Sejak kembali solo beberapa tahun dulu, itulah yang menjadi teka-teki dalam kalangan peminat. Memang awal dulu ia membuat saya tertekan, tetapi apabila sudah bertahun-tahun ditanya soalan sama, ia jadi perkara biasa buat saya”
“Terlanjur berkongsi perancangan berumah tangga dengan Nedim sebelum ini, apapun, kami belum menetapkan bila perkahwinan itu akan diadakan. Tetapi, yang pasti ia akan berlangsung tahun ini juga,” katanya yang meletakkan sasaran majlis diadakan selepas Aidilfitri nanti.
Namun begitu, berbeza dengan statusnya sebagai pelakon paling berpengaruh, dia tidak merancang mengadakan majlisnya kelak secara besar-besaran.
“Ia memang benda baik yang tidak perlu ditangguh-tangguh lagi. Atas dasar itu, saya sendiri cuma mahukan majlis sederhana dan tidak mahu buat gah. Apa yang saya harapkan, majlis itu nanti berlangsung dengan lancar dan dihadiri orang tersayang bagi berkongsi detik indah itu,” jelasnya lagi.