Publish : Mon, 05/Oct/15 07:58:01 AM |
Views : 4733 |
Tidak pernah lekang daripada soalan mengenai kesediaan dirinya untuk berkahwin lain, baru-baru ini melalui Berita Harian, pelakon Maya Karin menjelaskan bahawa dia kini kembali terbuka hati untuk berkahwin.
“Bukan tiada yang cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu jejaka yang sesuai dan serasi dengan jiwa. Memang saya boleh pilih dan terima siapa saja yang ada di depan mata jika terdesak untuk berkahwin tetapi tiada gunanya”
“Saya tidak mahu dikatakan terhegeh-hegeh menuntut cinta dengan lelaki. Mengimbau kenangan silam, saya lebih berhati-hati dengan lelaki. Banyak yang datang menghimpit tetapi sejauh mana keikhlasan mereka? Dalam hati, saya sudah mula rindu untuk kembali berpasangan”
“Mungkin belum sampai jodoh namun saya terima takdir hidup ini. Hari ini saya belum menemuinya, siapa tahu jodoh hadir beberapa tahun akan datang. Insya-Allah, saya percaya aturan jodoh dan ketentuannya,” jelas Maya.
Apa pun, semoga Maya Karin bertemu jodoh yang akan kekal sehingga akhirnya. Mungkin juga cinta Maya akan hadir dalam masa yang tidak disangka-sangka dan pastinya peminat pun akan turut gembira dengan berita gembira tersebut.