Publish : Fri, 01/Jan/16 12:17:51 AM |
Views : 7787 |
Tahniah kami ucapkan kepada Marsha Milan Londoh kerana telah selamat diijabkabul bersama pilihan hatinya Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail dengan sekali lafaz di kediaman pengantin lelaki di Green Lane, Pulau Pinang.
Menurut mStar Online, Marsha menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 daripada Mohamed Shaiful Nizam manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang hantaran.
Upacara pernikahan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua belah pihak dan juga rakan rakan kepada pasangan tersebut.
Marsha sebelum ini telah mengakui bahawa dirinya sudah memeluk Islam beberapa minggu lepas. Marsha menjelaskan dia telah bertunang dengan bakal suaminya itu pada 14 Disember lalu di Sabah dalam satu majlis sederhana.
Semoga ikatan pernikahan ini nanti membawa bahagia hingga ke akhir hayat. Kami kongsikan beberapa keping di sekitar majlis pernikahan pasangan ini.