Publish : Fri, 13/Nov/15 09:03:34 AM |
Views : 5751 |
Mungkin atas usia kandungan yang masih lagi baru, Dato’ Siti Nurhaliza mengambil keputusan untuk berdiam diri terlebih dahulu. Ini kerana, sumber terdekat kepada penyanyi itu mendedahkan sendiri perkara tersebut kepada Utusan Malaysia.
“Ia, memang benar Siti Nurhaliza sudah mengandung. Kehamilannya kini dalam usia sekitar enam ke lapan minggu. Jika dilihat dalam kenyataan-kenyataan kepada media, baik Siti mahupun suaminya, Datuk Khalid sendiri tidak ‘mengiyakan’ berita kehamilan itu”
“Bagaimanapun, dalam masa yang sama, mereka juga tidak membuat ‘penafian’ kerana memang benar Siti sudah hamil. Tindakan ini bukan untuk membuatkan orang lain tertanya-tanya, juga bukan niat mereka untuk menyembunyikan berita baik itu. Tetapi dalam usia kandungan yang masih terlalu awal lagi, eloklah tidak terlalu didedahkan”
“Selain itu juga, pesan orang tua-tua juga diambil kira dalam soal ini. Tidak boleh terlalu bersuka ria dalam soal sebegini. Apabila sampai waktunya nanti, pada masa yang lebih sesuai, mereka akan tampil dan berkongsi berita baik itu dengan semua,” jelas sumber yang terdiri daripada keluarga terdekat pasangan tersebut.
Selain itu, Siti juga didakwa tidak tidak terbang ke Palembang, Indonesia untuk meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini atas nasihat doktor.
Malah video Siti dan juga penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut penyanyi berkenaan ketika konsert Satu suara baru-baru ini turut menguatkan spekulasi tersebut. Doakanlah yang terbaik untuk pasangan ini.