Publish : Fri, 02/Oct/15 12:11:08 PM |
Views : 4568 |
Bakal melangsungkan perkahwinan pada November depan, penyanyi dan pelakon Mila Jirinmemberitahu dia dan bakal suaminya, Ahmad Ailis Mustapha atau Isz lebih selesa tidak menerima sebarang tajaan kerana enggan mengecewakan mana-mana pihak.
“Bukan berlagak ataupun tidak sudi, tetapi Mila lebih berpuas hati jika dia dapat menggunakan wang titik peluhnya bagi merealisasikan majlis sekali seumur hidup itu”
“Jika mereka masih mahu menghulurkan bantuan dalam majlis itu boleh, cuma izinkan saya dan bakal suami untuk memberi token penghargaan pada kerja mereka. Kalau dapat harga istimewa, apa salahnya. Rezeki jangan ditolak,” ujarnya.
Mengenai perkembangan seni, single terbaharunya yang bertajuk Bukan Isteri Sempurna sudah mula berkumandang di corong-corong radio.
Di samping itu, juara Akademi Fantasia (AF5) ini juga rancak dengan perniagaannya Bizz Milla Katering, Baju Kurung Milla dan Restoran Embun Urai yang sekarang semakin maju.