Publish : Tue, 03/Jan/17 10:15:53 AM |
Views : 5670 |
Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Julia Ziegler kerana telah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Johan yang juga merupakan seorang jurutera mekanikal, dalam satu majlis yang berlangsung 11 pagi tadi (1 Januari 2017).
Dalam majlis yang diadakan di kediaman keluarga Julia di Kampung Baru, pelakon wanita berkenaan telah menerima mas kahwin sebanyak RM80 daripada Johan manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Sementara itu, majlis resepsi turut diadakan di lokasi sama.
“Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan. Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi”
“Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami. Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya,” jelasnya kepada BH Online.
Semoga perjalanan rumah tangga Julia dan juga suami akan sentiasa dipermudahkan selain sentiasa dihiasi bahagia. Kami kongsikan bersama anda beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung. Enjoice! - Rotikaya