Publish : Thu, 10/Sep/15 02:56:25 AM |
Views : 9413 |
Mahu memberikan fokus terlebih dahulu kepada keluarganya dan masih lagi belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga merupakan sebab mengapa Jep Sepahtu masih lagi belum berkahwin. Malah dalam masa yang sama, teman wanita Jep turut memahami apa yang menjadi keutamaan pelawak itu.
“Kawan-kawan sekeliling memang kebanyakkan sudah berkahwin dan mempunyai anak tetapi itu tidak membuatkan saya tertekan untuk segera menamatkan zaman bujang. Buat masa ini saya ingin beri perhatian kepada keluarga terlebih dahulu dan Insya-Allah selepas semuanya stabil baharu saya akan berkahwin”
“Saya ada tanggungjawab dan begitu juga dia (teman wanita). Soal jodoh kami pun tidak berani cakap kerana itu semua kerja Tuhan,” jelasnya kepada mStar Online sambil menyatakan dia belum puas mencurahkan bakti kepada ibu bapanya.
Tambah Jep, dia cukup bersyukur dengan apa yang diperolehinya ketika ini dan menyifatkan ketika ini merupakan waktu yang patut digunakan untuk membahagiakan kedua ibu bapanya terlebih dahulu. - Roti Kaya