Publish : Thu, 07/Jan/16 02:05:46 PM |
Views : 4547 |
Meletakkan tekad untuk menjaga suaminya sebaik mungkin, Marsha Milan mengakui seronok setelah mendirikan rumahtangga malah sebagai saudara baru, Marsha menyedari dengan menjaga suami adalah kunci untuk dirinya ke syurga.
“Baru saya tahu, kelebihan menjaga suami mendatangkan banyak pahala dan pahala itu juga adalah bekalan buat kita ke syurga. Itu membuatkan saya lebih seronok bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, syukur”
“Satu permulaan yang baru dan banyak perkara baru saya perlu belajar. Maklumlah sebelum ini hidup sendiri, sekarang dah bersuami, jadi kenalah siapkan makan, pakaian suami dan perkara lain”
“Apa-apapun saya sangat gembira dan berasa bertuah dan teruja untuk menjadi seorang isteri yang terbaik Insya-Allah,” katanya kepada mStar Online.
Sementara itu, menurut Marsha mereka masih belum memikirkan destinasi untuk berbulan madu kerana masing-masing kini sibuk dengan urusan sendiri dan majlis resepsi kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan pada Jumaat ini di Hotel Majestic dekat sini.