Publish : Mon, 23/Jan/17 11:13:26 PM |
Views : 3462 |
Jika dulu hatinya sudah tertutup untuk menerima lelaki kerana terlalu kecewa dengan perkahwinan terdahulu, kini nampaknya Izreen Azminda sudah membuka hatinya kembali dan sudah bersedia untuk berumah tangga lagi. Namun Izreen tidak pernah menyalahkan perkahwinan sebelum ini.
“Memang sebelum ini saya pernah mengeluarkan kenyataan mengenai hati ini sudah tertutup untuk lelaki. Mungkin ketika itu saya tidak berfikir panjang dan tidak bersedia. Namun, sekarang saya akan terima lelaki yang sesuai, yang boleh menjaga saya dan anak. Selain itu dia perlu berkemampuan dari segi ekonomi dan paling penting saya juga suka dia”
“Kalau nak kahwin, saya kena cari yang betul-betul. Tapi bukanlah saya nak cakap perkahwinan sebelum ini adalah salah. Cuma jodoh saya dan bekas suami hanya sampai setakat itu saja,” katanya kepada Utusan Online mengenai hatinya yang kini sudah terbuka untuk berkahwin.
Bagaimanapun, Izreen juga menjelaskan bahawa kesediaannya untuk berkahwin lagi bukanlah kerana tertekan sering dikaitkan dengan cinta yang tidak berkesudahan dan cuba untuk menutup gosip cinta yang bertebaran. Malah jika berkahwin lagi, Izreen tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi dan hanya berserah kepadaNya. - Rotikaya