Publish : Sat, 07/Nov/15 09:20:02 PM |
Views : 4292 |
Mengakui tidak meletakkan penghalang untuk kembali bergelar isteri, Izreen Azminda menjelaskan bahawa dia sukakan lelaki yang mampu memberikan sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin dirinya.
“Saya suka lelaki yang boleh memberi saya sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin saya. Bukanlah mencari kemewahan, cukuplah dia boleh menjaga saya dengan baik. Sekarang ini semua perkara perlukan duit”
“Cinta tanpa duit seperti tidak bernilai. Tidaklah mencari seseorang yang kaya-raya. Seperti saya katakan, cukuplah dia mampu untuk menjaga saya. Bukan sahaja dari segi wang ringgit, perlu juga cukup ilmu dan pengetahuan agama,” jelasnya kepada portal Mangga Online.
Bagaimanapun, menurut Izreen, waktu sekarang adalah masa untuk dirinya memberi seluruh tumpuan dan juga fokus kepada bidang kerjaya dan tidak mahu terburu-buru mengenai soal jodoh. Bahasa mudahnya, Izreen tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen.