Publish : Sat, 17/Dec/16 09:04:03 AM |
Views : 5511 |
Bakal menimang cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi, Lisa Surihani memaklumkan bahawa pengalamannya ketika hamil pada kali ini berbeza sekali. Berbanding ketika mengandungkan Yahaira Leanne dulu, pada kali ini Lisa tidak mengalami alahan yang begitu teruk sehingga menjejaskan pergerakan beliau untuk menjalankan kerja seharian.
“Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang alahan teruk ketika mengandungkan anak kedua ini. Ia amat berbeza sekali kerana ketika mengandungkan yang pertama, saya akan mengalami alahan pada setiap pagi dengan teruk sekali dan dia boleh menyebabkan sakit selama seharian”
“Namun, untuk yang kedua ini ia tidak begitu teruk dan akan datang secara tidak tentu masa.Maksudnya sekarang kalau alahan itu nak datang ia akan datang tetapi bukanlah setiap hari seperti pada 10 minggu yang pertama,” jelasnya kepada Astro Awani.
Apapun, diharapkan Lisa diberikan kesihatan yang baik berterusan ketika hamil pada kali ini. Semoga segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya.