Publish : Tue, 08/Sep/15 12:35:28 PM |
Views : 6837 |
Laman Instagram pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering menjadi ruangan untuk kami melihat sendiri, apa erti kemanisan bercinta. Mana tidaknya, gambar-gambar yang dimuat naik pasangan ini ke Instagram masing-masing, memang akan diselitkan dengan unsur cinta di samping gambar-gambar yang cantik.
Khabarnya, selepas berkahwin, Hairul Azreen bertambah manja daripada sebelum ini. Benarkah? Apa lagi yang berubah selepas bergelar suami isteri? Ini jawapan yang diberikan oleh Hanis Zalikha.
"Tentang perbezaan selepas kahwin, Hairul mungkin dilihat lebih tenang. Kalau dulu, saya nampak dia sibuk mengumpul harta sebelum kahwin dan lebih risau serta mahu meminang saya sebelum orang lain melakukannya.
"Kini, Hairul tampak gembira dalam ruangnya sendiri. Dahulunya, dia tidak menunjukkan dirinya manja, tetapi sekarang, dia menjadi lelaki yang lebih manja dan penyayang. Kami juga semakin rapat dan lebih kenal keluarga masing-masing," ucap Hanis sambil ketawa.
Pasangan ini sebelum ini telah diikat sebagai suami isteri yang sah pada 5 Jun lalu dan telah menghabiskan masa selama 10 hari berbulan madu di Kepulauan Bora-Bora.
Untuk mendapatkan lebih banyak cerita menarik mengenai pasangan ini, jangan lupa dapatkannya dalam majalah Media Hiburan keluaran terbaru. - Media Hiburan