Publish : Wed, 09/Mar/16 04:47:51 PM |
Views : 5593 |
Tiada muatnaik gambar terbaru mengenai anak mereka di laman sosial walaupun seringkali disoal oleh peminat tentang anak pertama mereka, Lana Nodin menjelaskan kepada Harian Metro antara sebab dia tidak menghebahkan mengenai cahaya matanya kerana tiada orang bertanya.
Dalam kenyataannya di dalam akhbar tersebut, Lana menyatakan bahawa dia sudah selamat bersalin bayi perempuan yang diberi nama Gia Quinn Mckienzie, dengan berat 4 kilogram pada pertengahan Januari lalu di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Bercerita lanjut mengenai Lana tidak menguar-uarkan kelahiran Gia, dan hanya diketahui umum apabila dia bersama anak dan suami dilihat peminat berada di Singapura baru-baru ini, kata Lana, perkara itu dilakukan atas kehendak suami.
“Lagipun tidak ada yang bertanya. Dalam waktu sama lepas berpantang, saya dan Gia harus mengikut suami yang bekerja di luar negara,” jelasnya. Tambah Lana, dia dan suami akan memperkenalkan Gia kepada peminat apabila tiba waktunya nanti.