Publish : Wed, 24/Aug/16 04:53:01 PM |
Views : 3008 |
Memegang status ibu tunggal, ternyata membuatkan Fasha Sandha kini didekati beberapa lelaki namun bagi pelakon wanita ini, dia belum terbuka hati untuk mencari teman sehidup semati selepas penceraiannya dengan bekas suami, Jejai.
“Bukan mudah untuk cari pengganti pada ketika ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar sahaja kerana itu lebih penting. Ada beberapa lelaki yang cuba ingin berkawan dan saya selesa untuk berkawan sahaja dengan mereka,” katanya kepada mStar Online.
Selain itu, Fasha juga dalam masa yang sama mahu memberikan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya dahulu buat masa ini selain tidak mahu melepaskan peluang melihat anak-anaknya membesar di depan mata.
“Alhamdulillah mereka jarang sakit dan seperti tahu ibunya sedang bekerja. Mereka juga tidak ada bertanya tentang bapanya, mungkin mereka lebih dekat dengan saya sejak kecil,” katanya.