Publish : Wed, 03/Feb/16 03:05:56 PM |
Views : 5034 |
Pelakon Erin Malek yang kini digelar young mummy kerana telah mempunyai seorang anak lelaki yang comel memberitahu bahawa dia kurang mempercayai pengasuh atau pembantu rumah kerana lebih gemar untuk melakukannya sendiri.
“Buat masa sekarang saya sangat gembira dengan kehidupan sebagai seorang ‘young mummy’ kerana di usia 22 tahun saya telah memiliki seorang anak dan suami. Masa saya kini terhad kerana saya sepenuhnya melakukan kerja rumah sendiri kerana kurang percaya pengasuh atau pembantu rumah,” katanya yang kini ditemui di Majlis Gong Xi Raya, Paranormal Talent petang kelmarin.
Tambahnya lagi, perubahan terbesar yang dialaminya selepas bergelar seorang ibu ialah kesabaran.
“Apa yang saya boleh cakap ialah kesabaran kerana bukan mudah di usia saya ini untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu serta isteri,”ujarnya lagi.
Sebelum ini, rata-rata peminat terkejut apabila mendapati bayi kembar yang dikandung Erin selama 16 minggu iaitu lebih kurang usia 4 bulan telah meninggal dunia kerana mengalami kompilasi semasa di awal kandungannya lagi. Bagaimanapun, perkara tersebut ada hikmah di sebaliknya apabila pasangan kepada kembarnya itu dapat diselamatkan.
“Mula-mula saya dan suami memang sedih, tetapi kita perlu redha dengan pemergiannya, mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya,” kata Erin.
Dalam pada itu, dapat dilihat kini Erin Malek lebih manis setelah menukar imejnya kepada bertudung. Dia yang memberitahu sudah lama ingin bertudung akhirnya telah membuat keputusan untuk bertudung di awal Januari lepas.
“Nak pakai tudung sudah lama rasanya, kadang-kadang di rumah pernah juga bertanyakan kepada adik saya, mengenai tudung ini kerana ialah saya takut tidak bersedia. Alhamdulillah kini saya sudah pun bertudung,” katanya sambil tersenyum.
Perubahan imejnya untuk bertudung turut disokong oleh keluarganya lebih-lebih lagi suami tercinta.
“Suami saya gembira dengan perubahan ini, kerana katanya kurang sedikit dosa yang perlu ditanggungnya kelak,” ujarnya sambil berseloroh.