Publish : Wed, 09/Sep/15 12:02:09 PM |
Views : 4959 |
Baguslah kalau perselisihan faham diantara satu pihak dengan pihak yang lain dapat diselesaikan kerana industri hiburan kita ini tidaklah sebesar mana pun. Itulah yang berlaku kepada pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail dengan pelakon popular Emma Maembong.
Sebelum ini mereka berdua dikatakan telah meluahkan ketidak puasan hati di laman sosial masing-masing sehingga menarik perhatian media. Semuanya bermula apabila dikatakan Ezuwan berkecil hati apabila baju rekaannya tidak dipakai oleh adik aktres itu Chacha Maembong semasa menghadiri sebuah majlis anugerah pada November tahun lalu.
Namun kini semuanya bagai telah pulih apabila Emma telah tampil memohon maaf secara peribadi ketika penggambaran sebuah drama yang dilakukan di butik pakaian Ezuwan. Bukan itu saja, mereka turut tidak mahu terus bermusuh serta telah menjelaskan perkara sebenar yang telah berlaku sebelum ini.
Pendekatan yang diambil adalah terpuji kerana tidak mahu isu tersebut terus merebak. Kini mereka berdua telah berdamai dan telah dibuktikan apabila telah unblock sesama sendiri di Instagram. Diharapkan hubungan baik ini akan berkekalan dan memberi kelebihan dan kebaikan sesama kita.