Publish : Mon, 14/Sep/15 12:58:12 AM |
Views : 4980 |
KELIHATAN seperti penyanyi pujaan Malaysia, Siti Nurhaliza terkesima selepas mendengar Tun Dr Mahathir Mohamad melantunkan suara ketika menyanyikan lagu popular dari Frank Sinatra.
Dalam sebuah majlis 11 September lalu di sebuah dewan, bekas Perdana Menteri tersebut dirakam bersama Siti di atas satu pentas dan menyanyikan lagu 'I did it my way' secara duet.
Kedengaran hadirin juga bersorak riang dan memberi tepukan gemuruh atas kehebatan Dr Mahathir menyanyi.
Rakaman tersebut dimuatnaik ke laman YouTube dan menari perhatian lebih 10,057 penonton.
"Ini bukan duet, tapi sapu bersih. Datuk Siti Nurhaliza jadi penyanyi bantuan pula. Terbaik la Tun M!" kata Ali.
"Tetiba rasa sebak dengar Tun menyanyi. Moga dipanjangkan usia dan ketenangan hari. Akan tiada gantinya seorang pemimpin terulung," kata Anak Malaysia.