Publish : Sun, 31/Jan/16 11:57:49 PM |
Views : 4243 |
Setelah berita mengenai jualan tudung dibaawah jenamanya mencecah RM50 juta, pelakon dan juga usahawan wanita, Neelofa jelas sekali tidak mengambil pusing dengan gelaran jutawan muda yang sering dilabel kepadanya.
“Bila pihak kami berbincang semula mengenai berita yang keluar, sebenarnya ia juga memberi kebaikan dan tak nafi juga yang buruk. Dari segi perniagaan, sebenarnya lebih banyak peluang yang kita terima dan pada masa sama kita juga tidak ada sesuatu yang boleh disorokkan”
“Saya terima dan tidak kisah jika mereka menggelarkan saya seperti itu dan menganggapnya sebagai satu doa. Saya berharap ia tidak akan mengubah siapa diri saya kerana saya masih individu yang sama cuma mahu menjadi yang lebih baik daripada setiap sudut,” katanya kepadaSinar Harian.
Selain itu, Neelofa dalam masa yang sama juga turut bersyukur kerana segala titik peluhnya selama ini membuahkan hasil malah turut mahu mengembangkan lagi perniagaannya itu.