Publish : Mon, 21/Dec/15 10:21:28 AM |
Views : 5683 |
Setelah selamat bergelar suami isteri yang sah pada November lalu, hari ini telah berlangsung majlis resepsi Mila Jirin dan suami, Isz Mustapha di Hotel Tabung Haji, Pulau Pinang yang diadakan dengan penuh meriah sekali.
Selepas majlis resepsi ini, sebuah majlis untuk meraikan rakan media akan turut diadakan di Subang Jaya, Selangor pada Januari nanti. Selain itu, sebelum ini juga Mila pernah menyatakan hasratnya untuk menunaikan umrah bersama suami selepas berkahwin.
“Saya dan suami merancang mahu berbulan madu ke Turki. Negara itu adalah tempat impian saya sejak dulu lagi. Tetapi mata wang negara kita pula kurang stabil dan semua perkara akan jadi mahal jika ke sana sekarang”
“Bagaimanapun, sebelum ke Turki, saya dan suami mahu membawa keluarga mengerjakan umrah dahulu,” jelas penyanyi ini kepada portal mStar Online.
Apa pun, semoga segala perkara yang dilakukan pasangan ini akan dipermudahkan selain dilimpahkan rezeki. Kami kongsikan bersama anda gambar sepanjang majlis persandingan berlangsung.