Publish : Wed, 21/Sep/16 03:34:18 PM |
Views : 3590 |
Sama seperti selebriti lain, pasangan Nas-T dan Atita Haris juga lebih selesa memilih untuk merahsiakan jantina kandungan pertama mereka yang kini sudah memasuki usia selama 7 bulan. Malah menurut Nas-T, proses kehamilan Atita juga berjalan dengan baik selain isterinya juga tidak mengalami sebarang alahan teruk sehingga mengganggu kesihatannya dan juga bayi.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan imbasan dilakukan doktor juga menunjukkan bayi dalam kandungan juga sihat dan aktif. Cuma buat masa ini, biarlah jantina kandungan itu diketahui oleh kami berdua sahaja. Semestinya sebagai bakal bapa yang julung kali ingin menyambut cahaya mata sulung, saya berasa amat teruja menantikan kehadirannya”
“Kandungan Atita kini sudah mencecah tujuh bulan dan tidak sabar rasanya menanti detik indah itu tiba. Ada juga saya dengar suami pening kepala hendak menunaikan permintaan isteri yang mengidam benda aneh. Namun, buat masa ini saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana Atita teringin nasi kandar dan masak lemak saja,” katanya kepada Berita Harian Online.
Bakal menjadi bapa tidak lama lagi, Nas-T mengakui beliau boleh dikatakan agak beruntung kerana isterinya tidak meminta mengidam makanan yang aneh. Tidak seperti suami lain, beliau tidak mempunyai masalah melayan kerenah isterinya yang sedang sarat mengandung kerana beliau hanya teringin untuk makan nasi kandar dan masak lemak sahaja.