Publish : Tue, 27/Oct/15 11:10:44 PM |
Views : 4541 |
Mengakui dirinya masih lagi solo ketika ini, Amyra Rosli menyatakan bahawa dia tidak mahu lagi mengejar cinta tapi dalam masa yang sama, jika sudah bertemu lelaki pilihan hati, dia mahu terus berkahwin.
“Apa yang telah berlaku kepada saya sebelum ini beri pengalaman dan menjadikan saya lebih matang dalam memilih teman hidup. Saya melalui kehidupan harian seperti biasa dan jika sudah sampai jodoh awal nanti pastinya tidak dapat elak”
“Dahulu saya masih lagi ada sifat keanak-anakan. Sekarang saya mahu orang tahu bahawa saya sibuk dengan jadual kerja dan biarlah cinta itu datang sendiri. Seperti wanita lain, pastinya ada perasaan ingin berkahwin dan hidup berkeluarga. Saya tidak mahu bercinta lama-lama”
“Jika dah jumpa lelaki pilihan yang saya suka nanti, terus kahwin sahaja,” jelas Amyra kepada portal Mangga Online. Apa pun, semoga apa yang dirancangkan oleh Amyra akan menjadi kenyataan satu hari nanti.