Publish : Thu, 22/Oct/15 12:05:23 PM |
Views : 6102 |
Pemilihan Amyra Rosli sebagai duta jenama tudung terkenal baru-baru ini dalam masa yang sama turut menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kerana personaliti dirinya yang tidak mengenakan hijab.
“Saya sedar ramai orang yang akan bertanya tentang hal ini. Saya menerima tawaran ini sebagai satu bisnes dan akan bawa tanggungjawab ini bagi menggalakkan orang di luar sana untuk berhijab. Orang nak cakap apa terpulang kerana bukan senang nak dapat tawaran yang mungkin orang lain tak boleh dapat.
“Allah bagi jalan untuk saya menjadi wajah jenama tudung dan pemilihan ini juga memberi positif vibe kepada diri saya. Ini merupakan satu tanggungjawab untuk saya dan bila dapat jadi wajah jenama tudung, ia memberi kebaikan untuk saya agar lebih pandai membawa diri”
“Saya pun makin berumur dan niat untuk bertudung memang ada. Ramai juga yang cakap saya lagi elok bila bertudung. Tapi, biarlah saya sendiri yang terbuka hati untuk memakainya dan saya harap semua doakan yang satu hari nanti saya akan memakai tudung,” ujar Amyra kepada portalTonton Extra.