Publish : Tue, 29/Sep/15 08:54:20 PM |
Views : 5551 |
Pernah diserang ruangan gosip akhbar tempatan oleh kerana gambar intim yang dikongsikan oleh Aliff Aziz bersama pasangannya iaitu Bella Astilla, baru-baru ini Aliff menjelaskan mereka akan bertunang pada 12 Disember ini.
“Saya akan bertunang pada 12 Disember ini. Tarikh itu dipilih memandangkan angkanya iaitu 12.12.2015 nampak cantik. Tambahan pula ia jatuh pada hari Sabtu. Insya-Allah pertunangan ini akan diikat selama setahun dan kemudian kami akan melangkah ke fasa perkahwinan pula,” ujarnya kepada mStar Online.
Selain itu, Alif juga kini tidak mahu memandang serius kritikan dan juga perkara negatif yang dilemparkan orang ramai kepadanya lebih-lebih lagi apabila perkara berkaitan dengan gambar mesranya bersama kekasih.
“Apabila orang komen kami dilihat seperti suami isteri, saya senyum sahaja. Saya dan pasangan masih tahu batasan yang perlu dijaga. Kami masih lagi ada ibu bapa yang perlu dijaga hati mereka. Gambar yang dimuat naik sekadar perkongsian dengan peminat dan bagi saya, semua orang berhak memberi pendapat masing-masing,” jelasnya.